Monday, June 28, 2010

Salam Takziah

Salam takziah buat rakan-rakan kita yang kehilangan ahli keluarga dalam tempoh 2 minggu ni;

1. Azrin (3 RK 1-1995) yang kehilangan ayahanda tersayang pada hari Rabu, 23 Jun 2010 yang lalu dan

2. Izuan (5F -1997) yang kehilangan ibunda tersayang jam 9.30 malam tadi.

Marilah kita sama-sama hadiahkan Al-fatihah kepada kedua-dua arwah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah di sisiNYA. Amin..

Dan semoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan dariNYA ini.

Tuesday, June 22, 2010

1st entry from Waterdale Road, Bundoora, Melbourne.

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH..akhirnya tokey blog STS 1997 Alumni memberikan ruang jua kepada aku untuk jadi salah seorang penyumbang entry dalam blog 'pojaan hateku' kita ini..makasih banyak2 buat Hajar, kawan satu sekolah rendah, satu sekolah agama, satu sekolah menengah, satu fakulti, satu universiti dengan aku... ;p peace sis! aku balik Malaysia nanti aku belanja kau makan kat kedai Pak Ya! ;p

Salam muhibbah kawan2. Sebagai antara student STS yang suka carik glamor (masa kat STS jela ye.. ;p), elok aku kenalkan diri aku sket. Nama aku Neezam, belajar kat STS dari tahun 1993 sampai 1995 aje. Belajar kat kelas rancangan khas agama (Bahasa Arab masa PMR dapat D!), sekelas dengan Hajar tahun 1994-1995. Dulu aku Pengawas (cikgu yang sayang aku Cikgu Hanipah, Cikgu Ahmad Nizar, Cikgu Latipah, Cikgu Morsim, Cikgu Habsah Hassan, dan macam2 cekgu lain...hehehehe, perasannya!). Sekarang aku tengah menanggung satu tanggungjawab besar negara Malaysia di perantauan, dan Insya Allah aku akan bawak balik segala ilmu pengetahuan yang aku dapat kat negara orang ini untuk dikongsi oleh anak-anak bangsa aku terutamanya, dan seluruh rakyat Malaysia. Doakanlah benda2 baik yang kita buat sentiasa di bawah lembayung rahmat dan lindungan Allah SWT...aminnnn...buat masa ni aku baru ada sorang isteri dan dah ada dua anak. ;p

****************************
Arakian, eloklah aku mulakan entry aku yang julung-julung kalinya ni dengan sesuatu yang boleh bagi manfaat pada semua orang.

Aku nak kongsikan tentang tekanan perasaan. Juga bagaimana Islam memberikan panduan yang sangat cantik buat kita mengatasi tekanan perasaan.

Bila sebut pasal tekanan perasaan, kat mana2 saja kita akan rasa tertekan, baik di rumah, di opis atau di khalayak ramai. Asbabnya? memanglah faktor persekitaran..tapi harus diingat diri sendiri jugak adalah sumber tekanan perasaan–kenapa?

Sebab ada ramai dalam kalangan kita–termasuklah aku–yang kurang bijak mentadbir perasaan, kurang halus menilai faktor sekeliling dan menterjemahkan masalah sebagai bebanan besar...

Aku pernah telusuri dan huraikan kaedah mengatasi tekanan berpaksikan ajaran Islam dalam suratkabo beerapa taun lepas. Elok aku kongsikan dengan korang semua seperti mana di bawah ni...

***********************************


Solat, zikir, al-Quran terapi tekanan perasaan

DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tidak ditadbir atau tidak dikawal dengan metodologi tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala ada di kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok atau perkara dilarang. Berlaku juga kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah dengan mendera anak atau ke tahap melampau sehingga mahu membunuh diri.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. Islam menganjurkan mereka yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah.

Allah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan melalui firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Seperti ketentuan Allah, setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan.

Kita harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan.

Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu kepada sesuatu (kepada Allah).

Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung merungkaikan segala permasalahan.

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.



**********************

p/s: Masa susah ingat Allah, masa senang pun ingatlah Allah.... :) daaaaaaaa......

UTM Undergraduate Students

UTM Undergraduate Students

Monday, June 14, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Ab Malek

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selamat sudah seorang kawan kita menamatkan zaman bujangnya kelmarin - 12 Jun 2010. Semalam pula telah selamat berlangsung majlis menyambut menantu bagi pihak pengantin lelaki. Kami sangat seronok sebab di samping dapat beramah mesra dengan Encik Malek dan isteri, kami juga dapat makan free berjumpa dengan kawan-kawan yang dah bertahun tak ditemui.

Ahli-ahli rombongan konvoi ke rumah encik pengantin telah bersiap sedia seawal jam 12.30 tengahari lagi. Terutamanya Pn. Suhara la kan? Akibat terlalu excited untuk bertemu dengan kawan-kawan, beliau adalah ahli rombongan pertama yang tiba ke Butik Puteri milik Cik Izawati. @gatai



1. Bergambar sementara menunggu ketibaan ahli-ahli rombongan.

2. Anak-anak gadis bergambar. Eh, yang sorang tu mak gadis ye?@jelir

3. Ha, yang ini special sikit. Pertemuan ala-ala syahdu 2 orang sahabat lama. Masih terbayang-bayang lagi kenakalan korang dalam kelas masa form 1 dulu. Cepatnya masa berlalu. @sigh


4. Antara ahli-ahli rombongan yang turut serta dalam konvoi ke Tanjung Sengkawang. Erk.. macam tak balance la gambar tu kan? @jelir

5. "Tunggu apa lagi? Jomla kita gerak," kata Tok Penghulu. Nampak sangat dah lapar..

6. Ketibaan ahli rombongan di rumah pengantin.

7. Meriah dengan kerenah mak + ayah + anak-anak. @sengihnampakgigi

8. Iza dan Makmor sedang bersedia untuk bergaya ala-ala model sewaktu Arin mengeluarkan kamera DSLRnya.

9. Menghampiri rumah pengantin.


10. Ketibaan kami di rumah pengantin waktu pengantin tengah bersiap-siap untuk memotong kek. Mujur takde yang mengusik lebih-lebih. Kalau tak mau ada pisau yang melayang.

11. "Jangan nganga luas-luas. Nanti tak boleh tutup mulut siapa yang susah? Abanggg jugak," kata En. Malek kpd Pn. Atie.
12. "Aku dah hampir tak cam korang semua, lebih-lebih lagi Samsul," kata Izawati. Hahah. Itu memang antara favourite quote yang keluar daripada mulutnya semenjak kami semua tiba ke kedainya petang semalam. @jelir

13. Khusyuk sungguh tok penghulu makan. Sambil bergosip. Errr, mungkin tengah planning next event kot? @kening

14. Antara orang jauh yang dah lama tak ditemui, Aizul Faideen. Mujur kenal lagi kami ye? Hehe..

15. Makmor ni asyik praktis pegang anak orang je. Anak sendiri bila lagi?@siul

Akhir sekali, antara perkara wajib. Bergambar beramai-ramai bersama pengantin baru. Gambar kali ni nampak meriah pula dengan anak-anak. Hehe..

So, untuk En. Ab. Malek, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan. Selamat menempuh kehidupan dan menggalas tanggungjawab baru. Semoga dilimpahkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Amin..

Insya Allah, kita jumpa lagi next event. @kenyit

P/s: Oh, lupa nak highlight. Entry ni khusus untuk orang yang berada nun jauh di Melben (READ: Melbourne) yang sedang bertungkus lumus berjuang menyiapkan PHDnya. (Tu la, siapa suruh bercerai lama sgt dengan FB?@jelir)