Thursday, December 31, 2009

Again, Our event postpone lagi...Jan 9th 2010



Check this out ladies & gentlemen.







(attention! .. this is sticky entry.. for new entry pls scroll down..tq)

Thursday, November 26, 2009

Salam Takziah

Salam takziah buat Makmor Hassan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang pada pagi semalam, 25 November 2009. Arwah menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya. Diharapkan Makmor sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman di sisiNYA. Amin..

Tuesday, November 17, 2009

STS1997 : Old School Event, PD N9

Salam,


Dari meja Samsurizal...


Sedia maklum yang terdapat sedikit perubahan di dalam rancangan mengadakan "reunion" Old School STS1997 di Eagle Ranch Resort PD, N9.



Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan ( sila KLIK pada imej yang terpapar di bawah ini.
























** charge sebanyak 3 % akan dikenakan sekiranya anda memilih pembayaran melalui kredit kad. HARAP MAKLUM




Sekian buat masa ini..

Tuesday, November 3, 2009

Attention!

Nota : Ini adalah sticky announcement. Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah

*Sila klik untuk imej yang lebih besar

Friday, October 23, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan- Juliana Zainal Abidin

Salam.

Warga blog STS dijemput ke majlis perkahwinan ex-classmate saya (5B-1997), Juliana Zainal Abidin yang akan berlangsung pada minggu hadapan, 31 Oktober 2009 (Sabtu).

*Klik untuk imej lebih besar


Semoga kehadiran kalian bakal menyerikan lagi majlis ini. Selamat Pengantin Baru, Juli..

Monday, October 19, 2009

Selamat Hari Lahir - Saidah Humaira Samsurizal

Salam buat semua,

Hari ini genap 3 tahun usia anak sulung saya, Saidah Humaira. Moga anak ini sentiasa mendapat perlindungan dpd Allah SWT. Sehubungan itu, saya bercadang ingin mengadakan satu majlis bagi meraikan ulangtahun kelahiran anak ini pada Ahad 25/10/2009.

Di sini, dengan rasa rendah hati, saya dan isteri (Norhanim) menjemput sekalian sahabat untuk hadir ke kediaman kami di Sungai Chua, Kajang Selangor bagi yang berkesempatan.

Harapan saya agar dengan majlis yang x seberapa ini akan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara kita. Semoga dengan kehadiran sekalian sahabat, para alumni STS1997 ini akan memeriahkan lagi majlis kami ini selain mengharapkan keredhaan daripada NYA.Ameen.

(sila rujuk kepada invitation card di bawah ini)

Pelan ke kediaman kami

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Datang Ke Dunia

Salam.

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan kita yang menyambut kelahiran cahaya mata pada bulan September yang lalu;

1. Puteri Nur Khaleesya Binti Noreisom yang selamat melihat dunia pada 23 September 2009. Cahaya mata kepada En. Noreisom (5D).

2. Muhammad Mikael Syawal Bin Erizal yang selamat dilahirkan pada 24 September 2009. Cahaya mata kepada rakan kita yang bernama Erizal (5F).

3. Muhammad Danish Amsyar Bin Norman yang selamat dilahirkan pada 28 September 2009. Cahayamata kepada Pn. Adilah Mistar (5A).

Alhamdulillah. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini bakal menambah seri dan rezeki dalam keluarga kalian. Amin..

Salam Takziah

Takziah diucapkan buat rakan kita, Azmi (5F) atas pemergian ayahandanya semalam, 5 Oktober 2009 jam 7 pagi. Beliau dikhabarkan menghidap sakit paru-paru. Semoga Azmi sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah untuk roh arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisiNYA. Amin..

P/s: Najib, terima kasih atas info..

Monday, October 5, 2009

Selamat Pengantin Baru, Amy Lisa..

*foto ikhsan En. Malek


Sekalung tahniah diucapkan buat Pn. Amy Lisa dan pasangannya, En. Mohd Norjuahari Nazar yang selamat melangsungkan majlis kesyukuran pada hari Sabtu , 3 Oktober 2009 yang lalu. Semoga pasangan ini dilimpahi kebahagiaan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

* Just to refresh our memory;

1. Amy Lisa ni salah seorang pengawas berwibawa (read: GARANG) masa zaman kita sekolah dulu.
2. Beliau merupakan desk-mate saya semasa di tingkatan 4 dan 5.
3. Rumahnya terletak betul-betul bertentangan dengan STS, tapi tak pernah pulak fly balik rumah bila cikgu takde dalam kelas.
4. Merupakan anak saudara kepada salah seorang guru yang pernah mengajar di STS dulu iaitu Allahyarham YM Ungku Zaman.

Last but not least;

"Selamat Pengantin Baru Amy. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.."

Thursday, October 1, 2009

Another Party??!!!

Salam to all,

Macam yang telah di war-warkan oleh Tok Ketua kita (Bro Ijai @ Ketua Polis Negara.. hehehe..) kita akan mengadakan The Gempax Re-Union of the Year on December.

So, saya mewakili Tok Penghulu kita nak mintak jasa baik kawan-kawan semua mewar-warkan kepada kawan-kawan yang lain. Disamping itu, bagi tujuan mengumpul maklumat diharap kawan-kawan dapat memberi maklumat terkini kawan-kawan yang lain seperti Number fon ker, email address ke, Facebook ker Friendster ker bagi tujuan Invitation. Semua maklumat tu, bolehlah di emailkan kepada :

1.Samsurizal Anuar (Malaysia) ~ samsurizal.anuar@gmail.com tel : 0123150696
2. Siti Hajar (Johor) ~ reflection_2108@yahoo.com
3. Nurli Ezuana (Selangor) ~ sweets_lolypop@yahoo.com
4. Nurul Aisyah (Segamat) ~ purrfectly4@yahoo.com
5. Nor Jana (Selangor) ~ jeeitaly263@yahoo.com


Monday, September 28, 2009

Cahaya Mata Aidilfitri 2

Salam.

Dalam kita sibuk dengan persiapan hari raya Aidilfitri yang lalu, rupa-rupanya salah seorang sahabat kita telah selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Muhammad Ammar Wafiy bin Mohd Khairul Iskandar beberapa hari sebelum tibanya Aidilfitri.

Tahniah diucapkan buat Pn. Rosila (atau lebih dikenali sebagai Yus) dan suami di atas kelahiran cahaya mata kedua beliau.

Semoga dengan kehadiran si putera ini bakal menambah seri keluarga bahagia ini.@senyum

Buat pengetahuan rakan-rakan sekelian Pn Rosila sedang menghabiskan tempoh berpantang di rumah beliau di Jementah. Jadi, jika ada yang ingin 'mengambil berkat' atau ingin berhari raya ke rumahnya bolehlah mengunjungi beliau di sana.

Gambar baby yang sempat diambil semasa kunjungan kami pada hari raya kedua yang lalu. Baru berusia 5 hari semasa gambar diambil.

Tahniah sekali lagi buat Pn. Rosila dan En. Mohd Khairul Iskandar.@tepuktangan

Friday, September 18, 2009

Cahaya Mata di Aidilfitri

Salam Lebaran

Lama dah x manukil di blog ni. Saya harap semuanya baik-baik belaka. Selamat bergembira di hari raya wahai sahabat semua. Cuma di kala kita bergembira, ingat-ingat lah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Harap-harap mereka baik-baik sahaja di hari raya Aidilfitri kali ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa "title" tu "Cahaya Mata di Aidilfitri"?...okai, sebenarnya ade berita gembira untuk tatapan anda semua.

Kepada yang mengenali Pn Zureena binti Mat jadi a.k.a Zureen, beliau telah selamat melahirkan cahaya mata sulung nya di Hospital An Nur, Bangi semalam 17/9/2009 tepat jam 2.22pm. Sumber menyatakan bahawa puteri Zureen ni diberi nama "Nabihah".

Menurut sumber itu lagi, Puan Zureen yang keluar hospital pada hari ni. Beliau akan pulang ke kampung halamannya di Segamat untuk berhari raya dan seterusnya berpantang.

Marilah bersama-sama kita mendoakan kesejahteraannya dan bayi yang baru dilahirkan agar terus sihat dan membesar menjadi insan cemerlang. Buat Puan Zureen, sekalung tahniah diucapkan moga tahun depan-depan akan melahirkan lagi insan-insan yang berkualiti, ameen.

Salam Lebaran dari Samsurizal sekeluarga.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

''

Funscrape.Com | More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments


Assalamualaikum.

Kami, warga admin blog Alumni STS 1997 ni ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfititri 1430H.

Sepuluh jari dihulur tanda kemaafan atas segala salah silap atau kekasaran bahasa sepanjang kami berblog selama ini.

Buat yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Sekiranya penat atau mengantuk, berhentilah berehat di perhentian yang disediakan. Orang kata biar lambat asal selamat.@senyum

Tak lupa juga buat sahabat yang beraya di perantauan. Jangan sedih-sedih. Pengalaman tu tak semua orang rasa. Moga syawal kali ini memberikan seribu kebahagiaan untuk kita semua. Jangan mintak kami pos lemang sudah la ye?@jelir

Sekiranya ada di kalangan kawan-kawan yang bercadang untuk mengadakan rumah terbuka, bolehla inform untuk kami announce di sini ye?

Sekian.
Salam Aidilfitri dan Selamat bercuti dari kami yang cun dan handsome@hensem;

Samsurizal Anuar
Siti Hajar Abdul Hamid
Nurli Ezuana Aziz

Thursday, September 10, 2009

Info Berguna

Sedikit info untuk dikongsi bersama;

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian.

Sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...

Wallahu'alam...

Monday, August 31, 2009

Gambar-gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa

Salam.

Saya mewakili pihak urusetia ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran kawan-kawan ke majlis berbuka puasa yang telah diadakan minggu lepas. Maaf di atas segala kekurangan, semoga dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Insya Allah jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita akan jumpa lagi bulan Disember akan datang.

Rasanya tak lengkap bila bercerita tak disertakan gambar kan? So, kat bawah ni ada sedikit gambar yang dah di copy dari album kawan-kawan kita dari facebook. Memikirkan mungkin ada di kalangan kawan-kawan kita yang tidak mempunyai akaun facebook, maka saya dengan murah hatinya telah mengedit sebahagian gambar-gambar tersebut untuk tatapan kawan-kawan sekalian.

Menanti ketibaan kawan-kawan yang lain

Sekitar sebelum majlis berbuka puasa...

Suasana sekitar majlis..

Wajah-wajah 'dewasa' kawan-kawan kita.. :D

Lagi wajah-wajah 'dewasa' mereka :D

Sebelum majlis berakhir..

Sekali lagi, terima kasih atas kehadiran semua yang menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan ikatan ukhuwwah yang dah sedia terjalin ni akan berpanjangan. Insya Allah..

Terima Kasih Semua.

Salam buat semua,

'Pena' menulis lagi.

Hari ni adalah hari terakhir bercuti di Segamat. Insyaallah tahun ni giliran beraya di rumah isteri di Hutan Melintang, Perak setelah dua tahun berturut2 beraya di Segamat. Sungguh pun begitu, pengalaman berbuka puasa bersama sebilangan kecil sahabat-sahabat bekas pelajar High School Segamat menjadi kenangan sangat manis walaupun hanya bersua untuk seketika waktu.

Kepada yang hadir,
Jutaan terima kasih diucapkan pada kalian kerana dalam kesibukkan waktu, masih lagi sedaya upaya untuk hadir ke majlis yang tidak seberapa ini. Terima kasih juga kepada pasangan kalian kerana memberikan sokongan dengan hadir sama dalam program tersebut.
Tidak lupa juga kepada Nurul Aisyah yang telah menguruskan tempat perjumpaan ini. Bermula dengan mendapatkan sebut harga, seterusnya membuat "reservation" di Villa Hotel. Kepada Siti Hajar, sumbangan dan idea ko memang "superb", kalau tak kerana Hajar memberikan idea untuk berjumpa di Segamat, mungkin hanya yang berada di Kuala Lumpur sahaja yang merasai kemeriahan ini kerana perancangan awal ingin diadakan hanya di Kuala Lumpur sahaja. Kepada Azrin dan Zahid, terima kasih atas sumbangan gambar-gambar yang menarik yang diambil melalui kamera korang. Maaf, tidak ada bayaran, hehe.

Buat yang tidak dapat hadir,
Nurli dan Norjana, pujian harus diberikan kepada kalian juga, walaupun tidak dapat hadir sama untuk program ni, tetapi berfungsi dalam mempromosikan event ini. Diharap untuk event2 yang datang, korang dapat bersama-sama dalam alumni ini. Bagi yang lain-lain, hanya maaf di pinta andaikata event ni tidak sampai ke makluman kalian. Insyaallah untuk progrm selepas ini, kalian akan sentiasa dimaklumkan. Sentiasa lah melawat blog ini yea. Bagi yang tahu tapi tidak dapat bersama atas sebab-sebab yang tertentu, jangan rasa sedih dan kecewa. Kita masih ada BLOG ini untuk sebagai medium untuk berbicara dengan yang lain2.

12 tahun telah berlalu, adakah perlu lagi sepuluh tahun untuk kite bertemu kembali? Harap2 tidak lah. Semoga perancangan untuk berhimpun di Eagle Ranch, Port Dickson pada bulan December ini menjadi kenyataan, Insyaallah. Bagi mereka2 yang sentiasa berinteraksi melalui facebook atau friendster atau ape jua medium ICT, sentiasa lah memberikan informasi terkini kalian agar kita tidak terputus hubungan.

Akhir kata,
Buat Shikin, Aisyah, Hajar, Malin, Ayeen, Malik, Emi, Fendi, Yam, Yus, Naza, Arin, Moi, Icha, Ema, Amro, Hairol Faizal, Razmi, Fuad, Nuai, Tepeng, Zahid, Chall, Salleh, Hasry, Wahid dan Ujer serta pasangan masing2. Terima Kasih atas kehadiran anda. Semoga selamat sampai ke destinasi apabila anda pulang ke rumah masing2 pada hari ini setelah lama bercuti di kampung di Segamat Johor.

Semoga berjumpa lagi. Insyaallah

Samsurizal dan keluarga mengucapkan
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H

Tuesday, August 25, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA 29/8/2009 - Senarai Nama + Peta Lokasi

Salam,

Senarai terkini sehingga 25/8/2009....



1. Norashikin Wahab


2. Nurul Aisyah Omar


3. Marliana + Suami + anak(2)


4. Zareen


5. Siti Hajar


6. Samsurizal + Isteri


7. Abdul Malik Idris


8. Abdul Wahab + Isteri + anak(5) + anak(3)


9. Amelia Solikin + Suami


10. Afendi Samad + Isteri + anak(2)


11. Mariam + Suami + anak(2)


12. Rosila + Suami + anak(2)


13. Rozaliah Sabilan


14. Nazariza


15. Nurli Ezuana + Suami + anak(2)


16. Mohd Azrin + Isteri + anak(1) + anak(3)


17. Makmor Hassan


18. Hapipah Hassan + Suami + anak(2) + anak(4)


19. Maria Fida + Suami


20. Khairul Abidin


21. Norliza Zulkaply


22. Zainatul Emma


23. Amro Hafizah + Suami


24. Hairol Faizal + Isteri



25. Razmi + Isteri + anak(2)

26. Zureena + Suami

27. Izuan

Bersama ini disertakan gambar pelan Villa Hotel, Segamat (sebagai panduan).



Sila berada di sana seawal jam 6.15pm untuk urusan pendaftaran.



Sekian untuk makluman.

Monday, August 24, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA 29/8/2009 - untuk makluman

Salam Ukhwah,

Hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk kite bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran Ex STS 1997 ni. Mungkinkah perjumpaan yang seketika tu nanti akan dapat mengimbau kenangan pahit manis ketika menjadi pelajar di sekolah tu.
Tinggal kurang seminggu lagi ni, ramai yang bertanya-tanya..
1. Pakaian apakah yang sesuai yang nak dipakai?
2. Majlis ni ada apa2 tema kah?
3. Berapa ramai yang dah confirm?
4. Jam berapa nak kena ada?
Sebenarnya, walau apa pun persoalan yang keluar, dari siapa pertanyaan ni keluar, semua tu seolah2 menggambarkan sesuatu yang istimewa bakal berlaku Sabtu ini. Ini boleh dilihat melalui peningkatan bilangan pelawat ke blog ini sejak minggu lepas. Syukur alhamdulillah.
Okai lah sedikit update daripada organizer
- Bayaran bagi dewasa iaitu 20.90/pax
- Bayaran bagi kanak-kanak (4 - 12 tahun) iaitu 10.45/pax
- Tiada bayaran bg kanak-kanak bawah 4 tahun
- Pembayaran boleh dibuat ke akaun bank (Maybank & CIMB bank
1. Nurul Aisyah binti Omar atau
2. Siti Hajar binti Abdul Hamid
- Haruslah diingatkan, kepada sesiapa yang membuat bayaran melalui kedua-dua akaun tersebut sebaiknya menghantar sms memaklumkan yang bayaran telahpun dibuat utk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Sekian untuk makluman.

Friday, August 21, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA 29/8/2009 - Senarai Nama

Salam,

Setelah dikumpul-kumpul, di bawah ini adalah senarai nama yang akan hadir di Majlis Berbuka Puasa Ex STS (batch 1993 - 1997)

Vanue : Villa Hotel

1. Norashikin Wahab
2. Nurul Aisyah Omar
3. Marliana
4. Zareen
5. Siti Hajar
6. Samsurizal + Isteri
7. Abdul Malik Idris
8. Abdul Wahab + Isteri + anak(5) + anak(3)
9. Amelia Solikin + Suami
10. Afendi Samad + Isteri + anak(2)
11. Mariam + Suami + anak(2)
12. Rosila + Suami + anak(2)
13. Rozaliah Sabilan
14. Nazariza
15. Nurli Ezuana + Suami + anak(2)
16. Mohd Azrin + Isteri + anak(1) + anak(3)
17. Makmor Hassan
18. Hapipah Hassan + Suami + anak(2) + anak(4)

Jika ada lagi nama2 yang tertinggal sile sms kan kepada saya @ 0123150696

Sekian utk setakat ini.



Wednesday, August 19, 2009

Orang Baru

Salam buat semua.

Dikala kita tak sabar nak menyambut ketibaan Ramadhan, Rakan kita Norhamimah Nozari telah pun selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhamad Luqman Hakim pada 15/8/2009 baru-baru ni, Alhamdulillah. Moga-moga Allah memberikan ibu dan anak ini perlindunganNYA, sama-samalah kita berdoa.

Buat Mimah, takde yang lebih menggembirakan selain menerima kehadiran orang baru disisi. Wariskan anak itu dengan segala ilmu pendidikan dunia dan akhirat agar menjadi manusia cemerlang dan baik hati, insyaallah.


*Maaf tiada gambar yang dirakamkan.
*Sumber maklumat ini juga dirahsiakan.
*Tunggu je lah update dari Norhamimah bile dia dah betul2 sihat nanti.

Sekian, Wassalam

Tuesday, August 18, 2009

Menu pilihan utk Majlis Berbuka Puase batch STS1997




Salam


Berikut adalah senarai menu utk event berbuka puase kite pada 29/8/2009 ni. Ada dua tempat berbeza iaitu


1. Villa Hotel (bersebelahan dengan Mc'donald Segamat)


2. VIP Hotel (nama lamanya ialah Pelangi Hotel - bersebelahan dengan stesen minyak Caltex, Jalan Buluh Kasap)


Untuk makluman, kedua-dua vanue ni terdapat sedikit perbezaan harga. Sila nyatakan komen anda sekiranya anda bersetuju dengan salah satu menu di atas ini.


PERHATIAN !
Tarikh akhir untuk menghantar nama bagi menghadiri majlis tersebut adalah pada 20hb Ogos 2009. Contact person yang boleh dihubungi ialah


1. Samsurizal Anuar (Malaysia) ~ samsurizal.anuar@gmail.com tel : 0123150696


2. Siti Hajar (Johor) ~ reflection_2108@yahoo.com


3. Nurli Ezuana (Selangor) ~ sweets_lolypop@yahoo.com


4. Nurul Aisyah (Segamat) ~ purrfectly4@yahoo.com


5. Nor Jana (Selangor) ~ jeeitaly263@yahoo.com




Sekian untuk makluman.
Wassalam



Friday, August 7, 2009

Majlis Berbuka Puasa


Jangan lupekan tarikh ini. Inilah masanya untuk kita berhimpun. maklumat lebih lanjut akan menyusul tak lama lagi. Selamat menunaikan ibadah puasa bg yang beragama islam.

Wednesday, August 5, 2009

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru 4 Maria dan Pasanganya Azim. Semoga kekal ke anak cucu.... Amiinnn....!!!
Lagi untuk melihat gambar majlis persandingan maria bleh tgok kat http://mohdherizat.blogspot.com/ atau korang boleh mintak kat tuan punye badan.

Saturday, July 11, 2009

STS BATCH SPM 1997 - REUNION

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada Siti Hajar kerana bertungkus lumus menyiapkan laman blog ini untuk tatapan kita semua yang PERNAH belajar di Sekolah Tinggi Segamat bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingakatan lima (ada juga yang menyambung pelajaran hingga ke tingkatan enam).

Andai kata ada di antara kita yang tidak sepenuhnya menghabiskan sessi persekolahan sehingga ke tingkatan lima di sebabkan faktor2 berpindah sekolah, anda jangan rasa terpinggir kerana sememangnya anda produk sekolah ini. Begitu juga bagi mereka yang berasal dari sekolah lain dan menghabiskan sessi persekolah di sekolah ini, anda juga adalah dialu-alukan. Juga tak kira lah anda dari kelas mana sekalipun.

Matlamat asal mewujudkan laman blog ini ialah untuk mengumpul seberapa ramai alumni daripada batch ini. Anda mungkin boleh meng"update"kan butiran peribadi anda samada dengan menulis email kepada saya atau sekiranya anda mempunyai blog, maka bolehlah di pautkan di laman blog ini . Butiran peribadi anda seperti;

1. Alamat tempat tinggal terkini
2. Nombor telefon
3. Status perkahwinan
4. Bilangan anak-anak
5. Bilangan isteri (whoops!) ...dan sebagainya

Saudara dan saudari,
Rasa tidak lengkap jika sekadar mengumpulkan maklumat anda sahaja tanpa ada sebarang program atau rencana. Selaras dengan aspirasi ini, sukacita di maklumkan bahawa telah ada satu perancangan untuk mengadakan perjumpaan untuk seluruh warga pelajar Sekolah Tinggi Segamat (batch ini). Seperti yang telah dicanang-canang sebelum ini, program satu hari penuh itu akan di adakan di Port Dickson, akhir tahun ini (awal bulan Disember).

Terdapat pelbagai acara yang bersesuaian akan diadakan pada perjumpaan tersebut. Insya Allah kalau diizinkan, mungkin akan ada sukaneka melibatkan ahli keluarga dan kanak-kanak. Lebih penting dalam perjumpaan ini sebenarnya adalah untuk bertemu semula setelah lebih sedekad meninggalkan sekolah menengah.

Okai, setakat ini dahulu. Lebih banyak lagi informasi akan menyusul kemudian. Di sini disertakan satu borang untuk korang isi dan email semula pada aku menggunakan attachment. Sila isi selengkap-lengkapnya dan letak le barang sekeping gambar korang. (Yelah, dah sepuluh tahun aku tak ambil nama korang pasal masuk perhimpunan lewat atau pun pakai stoking belang-belang)..hehehe

*Klik untuk imej yang lebih besar

Edited by Hajar:

Korang boleh buat sendiri format borang macam ni atau dapatkan soft copy dari kami. Emailkan ke samsurizal.anuar@gmail.com atau reflection2108@gmail.com untuk permintaan borang dan emailkan kembali setelah maklumat lengkap diisi. Segala pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini atau di shoutbox. Salam and thanks. =)

Monday, June 29, 2009

Selamat Datang Ke Dunia - Khairunnaufal

Kredit foto: Facebook ayah Naufal

Tahniah untuk Encik Neezam dan Puan Julie atas kelahiran cahayamata kedua mereka pada bulan April yang lalu. Setelah sekian lama, barulah si ayah sudi nak upload gambar ke facebooknya. Siapa tahu, mungkin ada pantang larang yang terpaksa dituruti. Hehe..

Apa pun, semoga kelahiran sang putera ini mampu membawa keceriaan buat seluruh keluarga Encik Neezam yang kini sedang tekun menambah bilangan ahli keluarga menyambung pengajiannya di Australia. All the best to you, Neezam!

Saturday, June 27, 2009