Saturday, July 11, 2009

STS BATCH SPM 1997 - REUNION

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada Siti Hajar kerana bertungkus lumus menyiapkan laman blog ini untuk tatapan kita semua yang PERNAH belajar di Sekolah Tinggi Segamat bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingakatan lima (ada juga yang menyambung pelajaran hingga ke tingkatan enam).

Andai kata ada di antara kita yang tidak sepenuhnya menghabiskan sessi persekolahan sehingga ke tingkatan lima di sebabkan faktor2 berpindah sekolah, anda jangan rasa terpinggir kerana sememangnya anda produk sekolah ini. Begitu juga bagi mereka yang berasal dari sekolah lain dan menghabiskan sessi persekolah di sekolah ini, anda juga adalah dialu-alukan. Juga tak kira lah anda dari kelas mana sekalipun.

Matlamat asal mewujudkan laman blog ini ialah untuk mengumpul seberapa ramai alumni daripada batch ini. Anda mungkin boleh meng"update"kan butiran peribadi anda samada dengan menulis email kepada saya atau sekiranya anda mempunyai blog, maka bolehlah di pautkan di laman blog ini . Butiran peribadi anda seperti;

1. Alamat tempat tinggal terkini
2. Nombor telefon
3. Status perkahwinan
4. Bilangan anak-anak
5. Bilangan isteri (whoops!) ...dan sebagainya

Saudara dan saudari,
Rasa tidak lengkap jika sekadar mengumpulkan maklumat anda sahaja tanpa ada sebarang program atau rencana. Selaras dengan aspirasi ini, sukacita di maklumkan bahawa telah ada satu perancangan untuk mengadakan perjumpaan untuk seluruh warga pelajar Sekolah Tinggi Segamat (batch ini). Seperti yang telah dicanang-canang sebelum ini, program satu hari penuh itu akan di adakan di Port Dickson, akhir tahun ini (awal bulan Disember).

Terdapat pelbagai acara yang bersesuaian akan diadakan pada perjumpaan tersebut. Insya Allah kalau diizinkan, mungkin akan ada sukaneka melibatkan ahli keluarga dan kanak-kanak. Lebih penting dalam perjumpaan ini sebenarnya adalah untuk bertemu semula setelah lebih sedekad meninggalkan sekolah menengah.

Okai, setakat ini dahulu. Lebih banyak lagi informasi akan menyusul kemudian. Di sini disertakan satu borang untuk korang isi dan email semula pada aku menggunakan attachment. Sila isi selengkap-lengkapnya dan letak le barang sekeping gambar korang. (Yelah, dah sepuluh tahun aku tak ambil nama korang pasal masuk perhimpunan lewat atau pun pakai stoking belang-belang)..hehehe

*Klik untuk imej yang lebih besar

Edited by Hajar:

Korang boleh buat sendiri format borang macam ni atau dapatkan soft copy dari kami. Emailkan ke samsurizal.anuar@gmail.com atau reflection2108@gmail.com untuk permintaan borang dan emailkan kembali setelah maklumat lengkap diisi. Segala pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini atau di shoutbox. Salam and thanks. =)

No comments: