Monday, August 31, 2009

Terima Kasih Semua.

Salam buat semua,

'Pena' menulis lagi.

Hari ni adalah hari terakhir bercuti di Segamat. Insyaallah tahun ni giliran beraya di rumah isteri di Hutan Melintang, Perak setelah dua tahun berturut2 beraya di Segamat. Sungguh pun begitu, pengalaman berbuka puasa bersama sebilangan kecil sahabat-sahabat bekas pelajar High School Segamat menjadi kenangan sangat manis walaupun hanya bersua untuk seketika waktu.

Kepada yang hadir,
Jutaan terima kasih diucapkan pada kalian kerana dalam kesibukkan waktu, masih lagi sedaya upaya untuk hadir ke majlis yang tidak seberapa ini. Terima kasih juga kepada pasangan kalian kerana memberikan sokongan dengan hadir sama dalam program tersebut.
Tidak lupa juga kepada Nurul Aisyah yang telah menguruskan tempat perjumpaan ini. Bermula dengan mendapatkan sebut harga, seterusnya membuat "reservation" di Villa Hotel. Kepada Siti Hajar, sumbangan dan idea ko memang "superb", kalau tak kerana Hajar memberikan idea untuk berjumpa di Segamat, mungkin hanya yang berada di Kuala Lumpur sahaja yang merasai kemeriahan ini kerana perancangan awal ingin diadakan hanya di Kuala Lumpur sahaja. Kepada Azrin dan Zahid, terima kasih atas sumbangan gambar-gambar yang menarik yang diambil melalui kamera korang. Maaf, tidak ada bayaran, hehe.

Buat yang tidak dapat hadir,
Nurli dan Norjana, pujian harus diberikan kepada kalian juga, walaupun tidak dapat hadir sama untuk program ni, tetapi berfungsi dalam mempromosikan event ini. Diharap untuk event2 yang datang, korang dapat bersama-sama dalam alumni ini. Bagi yang lain-lain, hanya maaf di pinta andaikata event ni tidak sampai ke makluman kalian. Insyaallah untuk progrm selepas ini, kalian akan sentiasa dimaklumkan. Sentiasa lah melawat blog ini yea. Bagi yang tahu tapi tidak dapat bersama atas sebab-sebab yang tertentu, jangan rasa sedih dan kecewa. Kita masih ada BLOG ini untuk sebagai medium untuk berbicara dengan yang lain2.

12 tahun telah berlalu, adakah perlu lagi sepuluh tahun untuk kite bertemu kembali? Harap2 tidak lah. Semoga perancangan untuk berhimpun di Eagle Ranch, Port Dickson pada bulan December ini menjadi kenyataan, Insyaallah. Bagi mereka2 yang sentiasa berinteraksi melalui facebook atau friendster atau ape jua medium ICT, sentiasa lah memberikan informasi terkini kalian agar kita tidak terputus hubungan.

Akhir kata,
Buat Shikin, Aisyah, Hajar, Malin, Ayeen, Malik, Emi, Fendi, Yam, Yus, Naza, Arin, Moi, Icha, Ema, Amro, Hairol Faizal, Razmi, Fuad, Nuai, Tepeng, Zahid, Chall, Salleh, Hasry, Wahid dan Ujer serta pasangan masing2. Terima Kasih atas kehadiran anda. Semoga selamat sampai ke destinasi apabila anda pulang ke rumah masing2 pada hari ini setelah lama bercuti di kampung di Segamat Johor.

Semoga berjumpa lagi. Insyaallah

Samsurizal dan keluarga mengucapkan
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H

No comments: