Saturday, May 29, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan - Abd Malek Idris

Assalamualaikum.

Dengan ini, saya mewakili bakal pengantin ingin menjemput rakan-rakan yang mengenali Abd Malek (5A-1997 / 3A-1995) dan semua warga blog alumni STS 1997 untuk menghadiri majlis kesyukuran yang bakal berlangsung pada 13 Jun 2010.


*Klik untuk imej yang lebih besar

Semoga kehadiran kalian bakal menyerikan lagi majlis ini. Selamat Pengantin Baru, Malek.

P/s: Ada sesiapa nak open table untuk mini gathering suka-suka kita kali ni? @kenyit

Thursday, May 6, 2010

Hi There!
Leganya rase bila dapat berpeluang menulis balik, waktu waktu malam begini....Biasanya waktu ni dah berada di rumah bersama isteri dan anak2, tetapi hari ni berlainan sedikit sebab masih ada kerja yang belum selesai. Kesempatan ini jugalah diambil untuk menukil sikit di blog ini.

Agak lama blog ini suram tidak berpengunjung. Maaflah, kami (admin blog) sibuk menguruskan kerjaya masing-masing. Mungkin selepas ini, langkah drastik yang mungkin kami ambil ialah dengan menambah admin di blog ini. Tapi para sahabat perlulah bersama-sama dengan kami agar "talian hayat" ini tidak akan terputus sampai bila-bila.

Sepeninggalan kami dalam mencoret kisah suka duka kita, terasa ada banyak perkara yang kami mungkin terlupa update. Kalau di lihat pada paparan terkini, gambar perkahwinan 2A (Aisyah&Anwar) masih menduduki tangga teratas walaupun usia perkahwinan mereka hampir masuk bulan ke-4.

Pasti ada banyak kisah suka duka yang perlu di coretkan di sini. Cerita seperti dapat zuriat baru, dapat isteri baru, kisah kejayaan memenangi anugerah industri muzik, kisah bakal PHD nak balik dr Melbourne dan sebahagian kisah episod duka seperti kehilangan orang yang amat dikasihi. Mungkin ada yang berpandangan, tak perlulah kisah peribadi seseorang itu di ketengahkan. Di sini, admin nak maklumkan, kami tiada niat untuk melukai hati sesiapa. Ruangan ini digunakan sebagai platform untuk sekadar memberikan informasi agar kita tidak terpisah lebih jauh lagi. Bersama-samalah kita memanfaatkannya untuk kebaikan kita bersama.

Akhir kalam, salam rindu daripada kami (admin sts1997.blogspot.com) untuk anda semua. Semoga anda sentiasa diberikan perlindungan oleh yang maha ESA. Amin..Wassalam.

Samsurizal...