Monday, June 29, 2009

Selamat Datang Ke Dunia - Khairunnaufal

Kredit foto: Facebook ayah Naufal

Tahniah untuk Encik Neezam dan Puan Julie atas kelahiran cahayamata kedua mereka pada bulan April yang lalu. Setelah sekian lama, barulah si ayah sudi nak upload gambar ke facebooknya. Siapa tahu, mungkin ada pantang larang yang terpaksa dituruti. Hehe..

Apa pun, semoga kelahiran sang putera ini mampu membawa keceriaan buat seluruh keluarga Encik Neezam yang kini sedang tekun menambah bilangan ahli keluarga menyambung pengajiannya di Australia. All the best to you, Neezam!

Saturday, June 27, 2009

Thursday, June 25, 2009

Selamat Datang Ke Dunia - Nur Izzah Imani

Sekalung tahniah diucapkan buat Annuar Fakry (Aki) dan isteri diatas kelahiran anak dara sulungnya. Semoga dilimpahi seribu kegembiraan dengan kelahiran zuriat mereka ini. Amin...


Gambar ni diambil dari STS yahoo groups. Oleh sebab ramai yang tak join yahoo groups tu maka cik admin telah rajin 'meng'copy + edit untuk tatapan korang kat sini. @senyum

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua rakan dan taulan.

Blog ini dibangunkan khusus sebagai medium penghubung di antara rakan-rakan yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Segamat (dahulunya Sekolah Tinggi Segamat dan selepas ini disebut sebagai STS) dari tahun 1993 sehingga 1997.

Tak kiralah anda mengambil peperiksaan SPM di STS ataupun tidak, selagi anda pernah bersekolah di STS dalam tempoh itu, anda masih dialu-alukan menyertai kami di sini.

Moga dengan terbentuknya blog ini diharapkan kita dapat berkongsi segala macam berita tentang rakan-rakan yang kita kenali sepanjang kita bersekolah di sana.

Moga ukhuwwah yang terjalin ini akan berpanjangan. AMIN~