Monday, February 22, 2010

Selamat Pengantin Baru - Aisyah & Nuai

Mungkin agak terlewat sedikit ucapan untuk mereka ni. Tapi disebabkan pengantin pun masih dalam mood bulan madu, rasanya masih belum terlewat pun, kan?

Jadi, saya dengan rendah hatinya memohon maaf atas kelewatan update majlis perkahwinan mereka ni. Terlalu banyak komitmen yang perlu diutamakan. Hehe..

Ini adalah sebahagian gambar-gambar eksklusif yang sempat dirakamkan sepanjang majlis. @senyum

Majlis pernikahan pada 5 Februari 2010

Majlis di rumah pihak perempuan pada 06 Februari 2010

Gambar kelas yang sempat dirakam semasa majlis bertandang di rumah pengantin lelaki pada
7 Februari 2010.@rindu

*kredit gambar untuk Arin

Memang agak ramai kawan-kawan kita yang memeriahkan majlis mereka ni, tapi maafla ye tak dapat nak upload kesemua gambar ke blog. Apa pun, kehadiran kalian sangat-sangat dihargai oleh kedua-dua mempelai.@senyum

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Nurul Aisyah dan Anwar. Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Aminn..@senyum

P/s: Agaknya turn siapa pulak lepas ni ye?@topi

Friday, January 29, 2010

Salam Takziah - Abd Malek

Salam takziah buat Abd Malek Idris (EX-5A) sekeluarga atas kehilangan ayahanda tersayang pada malam semalam, 28 Januari 2010. Arwah menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung dengan penyakit buah pinggang yang dihidapinya. Diharapkan Malek sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman di sisiNYA. Amin..

Thursday, January 28, 2010

Berita Terkini

Assalamualaikum.

Kawan-kawan, saya baru terima berita daripada suami kawan kita, Ummi Balkiza Abu Bakar (ex-5B) yang mereka berdua mengalami kemalangan pada pagi ini. Mengikut kata suaminya beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di kaki.

Dengan ini saya ingin meminta jasa baik kawan-kawan dan kenalan sekalian mendoakan kesihatan beliau agar beliau cepat sembuh.

Sekiranya ada di kalangan kawan-kawan yang ingin berhubung dengan beliau, boleh sms atau PM saya di facebook untuk mendapatkan nombor telefon beliau.

Thursday, December 31, 2009

Again, Our event postpone lagi...Jan 9th 2010



Check this out ladies & gentlemen.







(attention! .. this is sticky entry.. for new entry pls scroll down..tq)

Thursday, November 26, 2009

Salam Takziah

Salam takziah buat Makmor Hassan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang pada pagi semalam, 25 November 2009. Arwah menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya. Diharapkan Makmor sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman di sisiNYA. Amin..

Tuesday, November 17, 2009

STS1997 : Old School Event, PD N9

Salam,


Dari meja Samsurizal...


Sedia maklum yang terdapat sedikit perubahan di dalam rancangan mengadakan "reunion" Old School STS1997 di Eagle Ranch Resort PD, N9.



Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan ( sila KLIK pada imej yang terpapar di bawah ini.
























** charge sebanyak 3 % akan dikenakan sekiranya anda memilih pembayaran melalui kredit kad. HARAP MAKLUM




Sekian buat masa ini..

Tuesday, November 3, 2009

Attention!

Nota : Ini adalah sticky announcement. Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah

*Sila klik untuk imej yang lebih besar