Tuesday, June 22, 2010
Monday, June 14, 2010
Sekitar Majlis Perkahwinan Ab Malek
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, selamat sudah seorang kawan kita menamatkan zaman bujangnya kelmarin - 12 Jun 2010. Semalam pula telah selamat berlangsung majlis menyambut menantu bagi pihak pengantin lelaki. Kami sangat seronok sebab di samping dapat beramah mesra dengan Encik Malek dan isteri, kami juga dapatmakan free berjumpa dengan kawan-kawan yang dah bertahun tak ditemui.
Ahli-ahli rombongan konvoi ke rumah encik pengantin telah bersiap sedia seawal jam 12.30 tengahari lagi. Terutamanya Pn. Suhara la kan? Akibat terlalu excited untuk bertemu dengan kawan-kawan, beliau adalah ahli rombongan pertama yang tiba ke Butik Puteri milik Cik Izawati.

1. Bergambar sementara menunggu ketibaan ahli-ahli rombongan.
2. Anak-anak gadis bergambar. Eh, yang sorang tu mak gadis ye?
3. Ha, yang ini special sikit. Pertemuan ala-ala syahdu 2 orang sahabat lama. Masih terbayang-bayang lagi kenakalan korang dalam kelas masa form 1 dulu. Cepatnya masa berlalu.

4. Antara ahli-ahli rombongan yang turut serta dalam konvoi ke Tanjung Sengkawang. Erk.. macam tak balance la gambar tu kan?
5. "Tunggu apa lagi? Jomla kita gerak," kata Tok Penghulu. Nampak sangat dah lapar..
6. Ketibaan ahli rombongan di rumah pengantin.
7. Meriah dengan kerenah mak + ayah + anak-anak.
8. Iza dan Makmor sedang bersedia untuk bergaya ala-ala model sewaktu Arin mengeluarkan kamera DSLRnya.
9. Menghampiri rumah pengantin.

10. Ketibaan kami di rumah pengantin waktu pengantin tengah bersiap-siap untuk memotong kek. Mujur takde yang mengusik lebih-lebih. Kalau tak mau ada pisau yang melayang.
11. "Jangan nganga luas-luas. Nanti tak boleh tutup mulut siapa yang susah? Abanggg jugak," kata En. Malek kpd Pn. Atie.
12. "Aku dah hampir tak cam korang semua, lebih-lebih lagi Samsul," kata Izawati. Hahah. Itu memang antara favourite quote yang keluar daripada mulutnya semenjak kami semua tiba ke kedainya petang semalam. 
13. Khusyuk sungguh tok penghulu makan. Sambil bergosip. Errr, mungkin tengah planning next event kot?
14. Antara orang jauh yang dah lama tak ditemui, Aizul Faideen. Mujur kenal lagi kami ye? Hehe..
15. Makmor ni asyik praktis pegang anak orang je. Anak sendiri bila lagi?
Akhir sekali, antara perkara wajib. Bergambar beramai-ramai bersama pengantin baru. Gambar kali ni nampak meriah pula dengan anak-anak. Hehe..
So, untuk En. Ab. Malek, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan. Selamat menempuh kehidupan dan menggalas tanggungjawab baru. Semoga dilimpahkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Amin..
Insya Allah, kita jumpa lagi next event.
P/s: Oh, lupa nak highlight. Entry ni khusus untuk orang yang berada nun jauh di Melben (READ: Melbourne) yang sedang bertungkus lumus berjuang menyiapkan PHDnya. (Tu la, siapa suruh bercerai lama sgt dengan FB?
)
Alhamdulillah, selamat sudah seorang kawan kita menamatkan zaman bujangnya kelmarin - 12 Jun 2010. Semalam pula telah selamat berlangsung majlis menyambut menantu bagi pihak pengantin lelaki. Kami sangat seronok sebab di samping dapat beramah mesra dengan Encik Malek dan isteri, kami juga dapat
Ahli-ahli rombongan konvoi ke rumah encik pengantin telah bersiap sedia seawal jam 12.30 tengahari lagi. Terutamanya Pn. Suhara la kan? Akibat terlalu excited untuk bertemu dengan kawan-kawan, beliau adalah ahli rombongan pertama yang tiba ke Butik Puteri milik Cik Izawati.

1. Bergambar sementara menunggu ketibaan ahli-ahli rombongan.
2. Anak-anak gadis bergambar. Eh, yang sorang tu mak gadis ye?
3. Ha, yang ini special sikit. Pertemuan ala-ala syahdu 2 orang sahabat lama. Masih terbayang-bayang lagi kenakalan korang dalam kelas masa form 1 dulu. Cepatnya masa berlalu.

4. Antara ahli-ahli rombongan yang turut serta dalam konvoi ke Tanjung Sengkawang. Erk.. macam tak balance la gambar tu kan?
5. "Tunggu apa lagi? Jomla kita gerak," kata Tok Penghulu. Nampak sangat dah lapar..
6. Ketibaan ahli rombongan di rumah pengantin.7. Meriah dengan kerenah mak + ayah + anak-anak.
8. Iza dan Makmor sedang bersedia untuk bergaya ala-ala model sewaktu Arin mengeluarkan kamera DSLRnya.
9. Menghampiri rumah pengantin.

10. Ketibaan kami di rumah pengantin waktu pengantin tengah bersiap-siap untuk memotong kek. Mujur takde yang mengusik lebih-lebih. Kalau tak mau ada pisau yang melayang.
11. "Jangan nganga luas-luas. Nanti tak boleh tutup mulut siapa yang susah? Abanggg jugak," kata En. Malek kpd Pn. Atie.
12. "Aku dah hampir tak cam korang semua, lebih-lebih lagi Samsul," kata Izawati. Hahah. Itu memang antara favourite quote yang keluar daripada mulutnya semenjak kami semua tiba ke kedainya petang semalam. 13. Khusyuk sungguh tok penghulu makan. Sambil bergosip. Errr, mungkin tengah planning next event kot?
14. Antara orang jauh yang dah lama tak ditemui, Aizul Faideen. Mujur kenal lagi kami ye? Hehe..
15. Makmor ni asyik praktis pegang anak orang je. Anak sendiri bila lagi?
So, untuk En. Ab. Malek, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan. Selamat menempuh kehidupan dan menggalas tanggungjawab baru. Semoga dilimpahkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Amin..
Insya Allah, kita jumpa lagi next event.
P/s: Oh, lupa nak highlight. Entry ni khusus untuk orang yang berada nun jauh di Melben (READ: Melbourne) yang sedang bertungkus lumus berjuang menyiapkan PHDnya. (Tu la, siapa suruh bercerai lama sgt dengan FB?
Saturday, May 29, 2010
Jemputan Majlis Perkahwinan - Abd Malek Idris
Assalamualaikum.
Dengan ini, saya mewakili bakal pengantin ingin menjemput rakan-rakan yang mengenali Abd Malek (5A-1997 / 3A-1995) dan semua warga blog alumni STS 1997 untuk menghadiri majlis kesyukuran yang bakal berlangsung pada 13 Jun 2010.

*Klik untuk imej yang lebih besar
Semoga kehadiran kalian bakal menyerikan lagi majlis ini. Selamat Pengantin Baru, Malek.
P/s: Ada sesiapa nak open table untuk mini gathering suka-suka kita kali ni?

Labels:
gathering,
makan-makan,
newly wed,
pengumuman
Thursday, May 6, 2010
Hi There!
Leganya rase bila dapat berpeluang menulis balik, waktu waktu malam begini....Biasanya waktu ni dah berada di rumah bersama isteri dan anak2, tetapi hari ni berlainan sedikit sebab masih ada kerja yang belum selesai. Kesempatan ini jugalah diambil untuk menukil sikit di blog ini.
Agak lama blog ini suram tidak berpengunjung. Maaflah, kami (admin blog) sibuk menguruskan kerjaya masing-masing. Mungkin selepas ini, langkah drastik yang mungkin kami ambil ialah dengan menambah admin di blog ini. Tapi para sahabat perlulah bersama-sama dengan kami agar "talian hayat" ini tidak akan terputus sampai bila-bila.
Sepeninggalan kami dalam mencoret kisah suka duka kita, terasa ada banyak perkara yang kami mungkin terlupa update. Kalau di lihat pada paparan terkini, gambar perkahwinan 2A (Aisyah&Anwar) masih menduduki tangga teratas walaupun usia perkahwinan mereka hampir masuk bulan ke-4.
Pasti ada banyak kisah suka duka yang perlu di coretkan di sini. Cerita seperti dapat zuriat baru, dapat isteri baru, kisah kejayaan memenangi anugerah industri muzik, kisah bakal PHD nak balik dr Melbourne dan sebahagian kisah episod duka seperti kehilangan orang yang amat dikasihi. Mungkin ada yang berpandangan, tak perlulah kisah peribadi seseorang itu di ketengahkan. Di sini, admin nak maklumkan, kami tiada niat untuk melukai hati sesiapa. Ruangan ini digunakan sebagai platform untuk sekadar memberikan informasi agar kita tidak terpisah lebih jauh lagi. Bersama-samalah kita memanfaatkannya untuk kebaikan kita bersama.
Akhir kalam, salam rindu daripada kami (admin sts1997.blogspot.com) untuk anda semua. Semoga anda sentiasa diberikan perlindungan oleh yang maha ESA. Amin..Wassalam.
Samsurizal...

Monday, February 22, 2010
Selamat Pengantin Baru - Aisyah & Nuai
Mungkin agak terlewat sedikit ucapan untuk mereka ni. Tapi disebabkan pengantin pun masih dalam mood bulan madu, rasanya masih belum terlewat pun, kan?
Jadi, saya dengan rendah hatinya memohon maaf atas kelewatan update majlis perkahwinan mereka ni. Terlalu banyak komitmen yang perlu diutamakan. Hehe..
Ini adalah sebahagian gambar-gambar eksklusif yang sempat dirakamkan sepanjang majlis.
Gambar kelas yang sempat dirakam semasa majlis bertandang di rumah pengantin lelaki pada
7 Februari 2010.
*kredit gambar untuk Arin
Memang agak ramai kawan-kawan kita yang memeriahkan majlis mereka ni, tapi maafla ye tak dapat nak upload kesemua gambar ke blog. Apa pun, kehadiran kalian sangat-sangat dihargai oleh kedua-dua mempelai.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Nurul Aisyah dan Anwar. Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Aminn..
P/s: Agaknya turn siapa pulak lepas ni ye?
Jadi, saya dengan rendah hatinya memohon maaf atas kelewatan update majlis perkahwinan mereka ni. Terlalu banyak komitmen yang perlu diutamakan. Hehe..
Ini adalah sebahagian gambar-gambar eksklusif yang sempat dirakamkan sepanjang majlis.
Gambar kelas yang sempat dirakam semasa majlis bertandang di rumah pengantin lelaki pada7 Februari 2010.
*kredit gambar untuk Arin
Memang agak ramai kawan-kawan kita yang memeriahkan majlis mereka ni, tapi maafla ye tak dapat nak upload kesemua gambar ke blog. Apa pun, kehadiran kalian sangat-sangat dihargai oleh kedua-dua mempelai.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Nurul Aisyah dan Anwar. Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Aminn..
P/s: Agaknya turn siapa pulak lepas ni ye?
Friday, January 29, 2010
Salam Takziah - Abd Malek
Salam takziah buat Abd Malek Idris (EX-5A) sekeluarga atas kehilangan ayahanda tersayang pada malam semalam, 28 Januari 2010. Arwah menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung dengan penyakit buah pinggang yang dihidapinya. Diharapkan Malek sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman di sisiNYA. Amin..

Thursday, January 28, 2010
Berita Terkini
Assalamualaikum.
Kawan-kawan, saya baru terima berita daripada suami kawan kita, Ummi Balkiza Abu Bakar (ex-5B) yang mereka berdua mengalami kemalangan pada pagi ini. Mengikut kata suaminya beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di kaki.
Dengan ini saya ingin meminta jasa baik kawan-kawan dan kenalan sekalian mendoakan kesihatan beliau agar beliau cepat sembuh.
Sekiranya ada di kalangan kawan-kawan yang ingin berhubung dengan beliau, boleh sms atau PM saya di facebook untuk mendapatkan nombor telefon beliau.

Subscribe to:
Posts (Atom)